Peluang Graduan Untuk Menjawat Jawatan Sebagai Penolong Akauntan W27

Ditulis oleh oleh Blogger Pontian,
Ya memang benar kalau dilihat pada tajuk yang diperkatakan oleh Mata SEO. Peluang graduan untuk menyandang jawatan Penolong Akauntan Gred W27. Akan tetapi pasti ada yang tertanya-tanya kenapa admin berkata demikian.

Untuk makluman semua pembaca, pada 21 Oktober 2015 akan berlangsung satu peperiksaan yang danjurkan oleh SPA iaitu peperiksaan online Penolong Akauntan Gred W27 iaitu untuk lulusan diploma. Bila lulus dalam peperiksaan tersebut maka sudah tentunya berada satu langkah untuk menjadi anggota perkhidmatan awam.

Nampak macam mudah kan sebab ianya peperiksaan online. Senang cerita boleh meniru dan boleh buka buku. Tetapi perlu diketahui, walaupun nampak remeh tetapi peratusan kegagalan amatlah tinggi. Sebabnya ialah sambil lewa.

Format peperiksaan secara online ini sedikit berbeza dengan exam yang diadakan pada tahun lepas. Kali ini ianya dibahagikan kepada tiga seksyen iaitu seksyen A, B dan C. Admin tak tahu sangat apa yang dikatakan seksyen A, B dan C sebab admin tak berkelayakan untuk mengambil peperiksaan tersebut. Jadi untuk bakal penolong akauntan sekalian, sekiranya anda terpilih untuk menduduki exam online w27 buatlah persediaan dengan rapi. carilah panduan dan rujukan lengkap ataupun contoh soalan peperiksaan Penolong Akauntan W27 yang terdahulu. Kerana ianya amat membantu anda dalam peperiksaan tersebut.

SUMBER : https://www.blogginspired.com/contoh-soalan-peperiksaan-penolong-akauntan-w27.html

Catat Ulasan