Ramai yang terlepas pandang, kos untuk membuat baju kurung seperti baju kurung moden, baju kurung riau, baju kurung kanak-kanak dan juga baju melayu semakin meningkat. Paling murah ialah RM50 sepasang. Itu paling murah.
Bagi yang menyedari perkara ini, mereka akan berusaha untuk mencari panduan dan rujukan yang boleh digunakan ataupun dipelajari, supaya mereka dapat menjahit baju kurung itu sendiri. Bila dah pandai menjahit, maka sudah tentulah kos untuk persediaan untuk hari raya dapat dikurangkan. Silap-silap boleh menerima tempahan pulak.
Bagi saya baju baru ataupun lama bukanlah perkara yang perlu diutamakan. Apa yang lebih penting ialah keikhlasan kita untuk menyambut hari raya. Manfaatkanlah bulan raya ini sebagai bulan kemaafan, bulan ziarah-menziarah sanak saudara dan juga sahabat handai. Tidak ada gunanya kita berbaju kurung baru sekiranya kita tidak bermaaf-maafan sesama kita di hari raya.
Akhir kata agaknya lepas raya nie ramai tak yang mencari tempat untuk membuat baju kurung. Tak susah sekarang nie, anda buka sahaja facebook dan search tentang baju kurung pasti ramai yang menjualnya secara online di facebook.
Catat Ulasan