Sudah pasti anda tertanya-tanya kenapa saya menulis artikel tentang contest lynk ini. Terus terang saya ingin memaparkan kedudukan terkini artikel peserta yang menyertai contest review paling grand sepanjang tahun 2015. Anda boleh lihat screen shot yang diambil pada 24 Disember jam 1.26pm menggunakan incognito pelayar google chrome.
Maaf saya hanya buat screen shot sehingga kedudukan keempat sahaja. Maklumlah monitor laptop ini agak minimal. Agak-agak siapa ya yang akan berada di page one google.com.my sehingga tarikh akhir contest review ini.
Kalau anda tanya, blog ini masuk bertanding ke?
Oh tidak. Saya hanya sekadar menulis artikel untuk mengemaskini blog supaya nampak sentiasa ada artikel terbaru di mata google. Kalau selalu ada artikel baru kan, barulah sang crawler jadi rajin melawat blog kita. Lagi satu siapalah saya untuk bersaing dengan pakar SEO dalam contest review lynk.my 2015 ini. Hanya mampu melihat dan memandang telatah mereka berusaha untuk menduduki carian teratas muka surat pertama google.
Tahniah, kalian semua memang blogger cekal dan gigih. Walaupun saya tidak menyertai contest review ini, tetapi banyak pengetahuan yang dapat hasil daripada membaca artikel peserta mengenai lynk.my. Kalau dulu saya tidak pernah mendengar pasal lynk.my tetapi alhamdulillah saya mula faham apa yang dimaksudkan dengan lynk ini.
Akhir kata selamat maju jaya buat peserta contest lynk.my 2015. Salam kejayaan dari saya.
Catat Ulasan