Bagi calon yang belum menerima apa-apa tawaran ataupun SMS, jangan risau anda boleh membuat semakan melalui pautan di bawah:
[+] http://e-semakanntt.spa.gov.my/(Copy dan pastekan url ini ke browser anda).
Seperti biasa, apabila adanya peperiksaan pasti ada akan dua perkara yang penting iaitu kejayaan dan kegagalan.
Kejayaan dan kegagalan merupakan perkara yang sudah sinonim dengan peperiksaan. Tidak kiralah samada peperiksaan itu diperingkat sekolah ataupun kerjaya.
Akan tetapi, di artikel ini saya ingin berkongsikan tentang peperiksaan di peringkat kerjaya iaitu Peperiksaan Pegawai Eksekutif LHDN Gred 41. Exam ini akan berlangsung secara online.
Peperiksaan Pegawai Eksekutif Semakin Hampir, Sudahkah Anda Bersedia?
Nah ini dia persoalan terbesar, sekiranya anda calon adakah anda benar-benar bersedia?Perlu diketahui peperiksaan peringkat kerjaya tidak sama dengan apa yang anda hadapi di sekolah. Diperingkat persekolahan, anda akan mempelajari sesuatu topik itu sehingga bertahun-tahun secara berperingkat. Kalau tak faham, anda masih boleh tanya cikgu di sekolah. Tapi ini berbeza sama sekali.
Banyak cabaran dan dugaan yang perlu anda hadapi. Tiada masa untuk belajar, membaca dan memcari maklumat merupakan perkara biasa bila anda memasuki dunia kerjaya. Tiada nota yang spesifik yang disediakan. Anda kena cari sendiri.
Lalu bagaimana nak jawab soalan peperiksaan kalau tak ada bahan untuk dibaca. Jangan bimbang, baca terus artikel ini sampai habis.
Contoh Soalan Peperiksaan Online Pegawai Eksekutif LHDN 41
Terdapat tiga seksyen soalan dalam peperiksaan Pegawai LHDN ini sebagaimana di bawah:Seksyen A (Pengetahuan Am)
- Tempoh masa: 40 minit
- Masa peperiksaan bermula: 8:00 malam
- Masa peperiksaan tamat: 8:40 malam
Seksyen B (Daya Menyelesaikan Masalah)
- Tempoh masa: 50 minit
- Masa peperiksaan bermula: 8:55 malam
- Masa peperiksaan tamat: 9:45 malam
Seksyen C (Kefahaman Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris) – Seksyen baru untuk 2017
- Tempoh masa: 20 minit
- Masa peperiksaan bermula: 10:00 malam
- Masa peperiksaan tamat: 10:20 malam
Di bawah ini contoh soalan peperiksaan yang saya petik dari artikel profhariz https://profhariz.com/contoh-soalan-peperiksaan-pegawai-eksekutif-lhdn-gred-41/
Kalau anda nak tahu lebih banyak, sila klik url di atas.
Contoh-Contoh Soalan Peperiksaan LHDN
Contoh Soalan Pengetahuan AM
1. Cukai kepenggunaan semasa adalah:i. Cukai jualan
ii. Cukai pintu
iii. Cukai tanah
iv. Cukai perkhidmatan
A. i dan ii
B. i dan iv
C. ii dan iii
D. iii dan iv
(jawapannya adalah B. i dan iv)
2. Cukai Jualan diperkenalkan pada
A. 3 Mac 1985
B. 31 Ogos 1963
C. 1 April 2015
D. 29 Februari 1972
(jawapannya ialah: D. 29 Februari 1972)
3. Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) merupakan agensi di bawah kementerian mana?
A. Kementerian Kewangan
B. Kementerian Dalam Negeri
C. Kementerian Perdagangan Antarabangsa Dan Industri
D. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan
(jawapannya ialah: A. Kementerian Kewangan)
4. Apakah tujuan utama LHDN ditubuhkan?
A. Menanam tabiat berjimat cermat dan menyimpan
B. Memungut dan mentadbir cukai langsung negara
C. Mempertingkatkan penguatkuasaan Akta Wang Tak Dituntut 1965
D. Pemungut hasil negara, memberi fasilitasi perdagangan dan penguatkuasaan undang-undang
(jawapannya ialah: B. Memungut dan mentadbir cukai langsung negara)
Contoh Soalan Daya Menyelesaikan Masalah
1. Dalam sebuah jabatan yang menpunyai 1,500 orang pekerja, 20 orang pekerja tidak hadir bekerja setiap hari. Kebarangkalian pekerja tidak hadir di Jabatan itu setip hari ialahA. 1.33 %
B. 2.67 %
C. 4.00 %
D. 5.33 %
(jawapannya ialah: A. 1.33%)
2. Susun kembali huruf-huruf di bawah sehingga menjadi perkataan yang mempunyai makna dan pilih kumpulan bagi perkataan tersebut.
MASALAH
A. Minuman
B. Makanan
C. Bandar
D. Kenderaan
(jawapannya ialah: C. Bandar, kerana MASALAHH sekiranya disusun semula akan jadi SHAH ALAM)
3. Pilih nombor yang terawal daalam susunan di bawah
18 27 36 45 54 63
A. 7
B. 8
C. 9
D. 10
(jawapannya adalah C. 9, kerana nombor-nombor tersebut adalah nombor gandaan 9)
Untuk contoh soalan seksyen C, anda boleh dapatkan maklumat di artikel Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Eksekutif Gred 41.
Semoga bermanfaat.
Catat Ulasan