Selamat Menyambut Puasa Ramadhan 2015 Untuk Semua

Ditulis oleh oleh Blogger Pontian,
selamat menyambut puasa ramadhan 2015
Alhamdulillah..Pada 18 June 2015 umat islam di Malaysia akan menyambut kedatangan bulan puasa ramadhan al-mubarak. Bulan yang penuh kerahmatan dan keberkatan. Apa yang diharapkan semoga kedatangan puasa pada tahun ini akan menjadikan diri kita menjadi lebih baik daripada tahun-tahun sebelumnya.

Dikesempatan ini admin mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat berpuasa kepada semua umat islam khasnya di Malaysia dan seluruh dunia amnya.

Seperti biasa apabila tibanya bulan puasa pasti ramai yang akan mula mencari perkara-perkara yang berkaitan dengan waktu berbuka puasa dan juga waktu imsak di facebook, twitter dan juga enjin carian google. Biasalah ramai yang tak sabar nak tengok bila agaknya waktu berbuka dan juga waktu imsak. Bukannya apa kerana kita disarankan berbuka apabila masuk waktu berbuka. Dengan kemudahan yang ada di internet pada masa ini tidak sukar untuk mencari perkara sebegitu, anda lakukan sahaja carian di internet dengan menggunakan kata kunci "waktu berbuka puasa 2015" pasti akan dapat jawapannya. Cuma untuk mendapatkan jawapan yang lebih sahih, kenalah rujuk pada laman-laman yang diiktiraf oleh pihak berkuasa agama negeri.

Sebagaimana yang admin katakan tadi bulan puasa merupakan waktu yang sesuai untuk menambah rezeki, blogger SEO juga tidak terkecuali dengan kelebihan bulan ramadhan. Apabila tibanya bulan ramadhan maka akan wujudlah lambakan traffic kepada sesiapa yang mampu memanfaatkan kelebihan SEO untuk menguasai enjin carian buat seketika. Ini kerana banyak kata kunci yang berkaitan dengan puasa di bulan ramadhan akan dicari oleh pengunjung. Ini dinamakan carian bermusim.

Jadi kena pandai memanfaatkan kelebihan yang diberikan kepada bulan puasa ramadhan al-mubarak ini. Disamping berpuasa jangan lupa membayar zakat fitrah nanti.

Catat Ulasan